Wednesday, February 4, 2009 at 7:34 AM |  
Alhamdulillah. setiap kejayaan itu ada hikmahnya.Pada entri kali ini say suka membawakan kisah usahawan yang berjaya sebagai iktibar dan motivasi untuk lebih berjaya.

boon siew Pictures, Images and Photos

Datuk Low Boon Siew

Datuk Low Boon Siew berasal dari Kampung Hui, daerah Fukian, sebuah wilayah yang di anggap paling miskin di China pada satu ketika dahulu, kehidupan keluarga Datuk Low sangat miskin menyebabkan beliau tidak pernah berpeluang ke sekolah. Sejak kecil lagi beliau bekerja mengutip najis haiwan sebagai baja pertanian dan memancing ikan untuk dijual sebagai tambahan pendapatan keluarganya. Ketika berumur 12 tahun, ayahnya membawanya ke Pulau Pinang untuk berhijrah dan mencari sumber pendapatan. Beliau disuruh oleh ayahnya bekerja di sebuah kedai mekanik. Mereka berdua tidak mempunyai sedikit pun masa untuk bersuka-suka tetapi bekerja kuat untuk menghantar duit untuk keluarga yang berada di China.

Untuk memperolehi pendapatan lebih, di sebelah malam beliau membasuh bas dan upahnya 10 sen bagi setiap bas. Ketika berumur 18 tahun, beliau tertarik untuk berniaga sendiri dan sering memikirkan cara bagaimana untuk mendapat peluang berbuat demikian. Hasil daripada wang yang disimpan sedikit demi sedikit, dia kemudian membeli beberapa peralatan mekanik bernilai RM 10.00 dan 8 buah bas berharga RM 200.00 untuk diperbaiki dan dijadikanbas penumpang. Bas ini mendatangkan hasil lumayan kepada beliau iaitu RM1.20 hingga RM 1.40 sehari. Setiap keuntungan disimpan sedikit sementara bakinya dijadikan modal pusingan semula. Dalam masa 7 tahun beliau mempunyai 40 buah bas dan membuka kedai bateri serta barang ganti kenderaan. Selepas perang dunia kedua tamat, Datuk Low meluaskan perniagaannya dengan membuka kedai kereta terpakai dan menjadi ejen pengedar beberapa jenis motosikal keluaran British.

Dalam tahun 1958, beliau melawat Jepun untuk makan angin. Di Jepun beliau ternampak sebuah motosikal Honda yang belum pernah digunakan di Malaysia dan berfikir mungkin mendapat pasaran baik jika dibawa ke sini. Setelah mengesan siapakah pengeluarnya, beliau membuat perjanjian untuk memesan 12 unit. Motosikal ini kemudian dijual kepada kawan rapatnya tanpa mengambil apa-apa untung. Motosikal Honda yang dibawanya ditertawakan oleh orang ramai yang menganggap ia tidak berguna dan cepat rosak, namun ia tidak mematahkan hasratnya untuk memperkenalkan motosikal sehingga menjelang tahun 1963, motosikal Honda menjadi kenderaan yang paling diminati.

Beliau adalah orang yang berjaya menempatkan kereta jenis Honda sebagai kenderaan ketiga terbesar dijual di negara ini sejak 3 tahun lalu. Kini beliau mempunyai alasan untuk berbangga dengan kejayaannya di dalam alam perniagaan dan tokoh korporat, sekali gus meletakkan beliau sebagai seorang yang terkaya di Pulau Pinang dan antara 10 tokoh usahawan terkemuka di Malaysia. Adalah menjadi pengetahuan umum, Datuk Low tidak pandai menulis namanya secara tepat setelah belajar sekian lama. Namun begitu memiliki satu pasukan profesional turut berkhidmat kepadanya.

honda Pictures, Images and Photos

Faktor kejayaan

Desire & Passion
Salah satu elemen utama kejayaan usahawan iaitu keinginan, kemahuan dan keghairahan terhadap dunia perniagaan. Dato' Boon Siew menanamkan sikap mahu berjaya, maka beliau telah tetapkan 100% jiwa dan raga kepada hal ehwal perniagaan yang diceburi sepenuhnya. Tidak ada perasaan berbelah bahagi, atau rasa tidak yakin dan takut sebagainya.. Apa yang penting sikap berani, ada keinginan dan sanggup melakukan apa saja untuk berjaya dalam arena permotoran. Beliau sanggup diperlekehkan dengan ditertawakan oleh orang kerana membawa masuk motosikal honda yang dikatakan cepat rosak.


Strategy & Technique
Ini elemen kedua yang penting. Beliau telah mengkaji segala tindakan yang di ambil dan berfikir kehadapan apabila menjual motorsikal honda kepada rakannya dengan harga modal. Ini kerana anda dapat meminimumkan risiko kegagalan dan memaksimumkan kadar kejayaan lebih pantas. Beliau sentiasa mengkaji untuk memajukn perniagaan yang bermula dengan pengusaha bas penumpang dan berjaya sehingga menempatkan kereta honda di Malaysia.

bella - honda Pictures, Images and Photos

Honda Civic Pictures, Images and Photos

Produk atau Servis
Ini elemen penting. Beliau mengkaji kesesuaian dirinya sama ada memilih produk atau servis. Berdasarkan kemahirannya sebagai mekanik beliau membeli bas dan peralatan mekanik untuk mengusahakan bas tumpangan. Beliau tidak terhenti setakat apa yang ada dan terus memperkembangkan perniagaan sehingga berjaya. Beliau telah mengambil peluang semsa melawat jepun dengan membawa masuk motorsikal honda.

honda jazz Pictures, Images and Photos

Photobucket

Kaizen
Inilah topik terakhir terpenting yang menjadi tunjang kejayaan Boon Siew iaitu meneruskan usaha penambahbaikan dari masa ke semasa. Beliau tidak mahu kejayaannya akibat kegagalan memahami usaha untuk membuat pembaharuan. Kaizen dari bahasa Jepun bermaksud membuat penambahbaikan berterusan (continuous improvement) dari masa ke semasa bagi meningkatkan conversion rate (visitor to customer) serta meningkatkan tahap customer satisfaction dengan tools/technique yang betul. Elemen ini yang menyebabkan beliau terus berusaha meningkatkan kualiti perniagaan untuk jangka masa panjang.
Posted by Mustakim Bin Suhaili

0 comments:

Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger templates