Alhamdulillah, saya amat seronok melihat Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, menyebabkan hadirin Forum Ekonomi Dunia (WEF) terdiam apabila memarahi Presiden Israel, Shimon Peres, kerana menafikan Tel Aviv bersalah mengganas di Gaza dengan berkata: "Kamu bunuh mereka." Insya Allah, saya amat yakin masa depan di tangan Islam, bukan sahaja di Turki malah Malaysia dan seluruh dunia. Apa yang perlu saya dan rakan yang budiman sekalian laksanakan ialah teruskan ikhtiar dakwah dan usaha islah. Selain itu, marilah kita setiap masa dan ketika menjadikan Islam sebagai misi kecemerlangan tamadun dan dalam masa yang sama sentiasa berwaspada serta memahami dengan mendalam hakikat sebenar jahiliyyah agar mampu membakulsampahkannya. Jom aktifkan diri dengan menjadikan Islam sebagai pegangan demi redha Allah. Semoga sejarah kegemilangan menguasai 2/3 dunia kembali menjadi milik Islam.aminnn..

PM Turki kecam Peres
Dipetik dari Berita Harian

Turkish Prime Minister Recep Tayyip Erdogan Pictures, Images and Photos
"Recep Tayyib Erdogen"

Shimon Peres Pictures, Images and Photos
"Shimon Peres"

PERDANA Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, menyebabkan hadirin Forum Ekonomi Dunia (WEF) terdiam apabila memarahi Presiden Israel, Shimon Peres, kerana menafikan Tel Aviv bersalah mengganas di Gaza dengan berkata: "Kamu bunuh mereka."

Erdogan berang selepas penulis Washington Post yang mempengerusikan majlis, David Ignatius, hanya memberinya 12 minit untuk berucap sedangkan Peres, 85, lantang berhujah selama 25 minit dan merujuk kepada pejuang Hamas sambil bertanya: "Mengapa mereka lancar roket? Gaza tidak dikepung. Mengapa mereka lawan kami, apa yang mereka mahu? Kebuluran tidak berlaku walau sehari di Gaza."

Apabila Ignatius memberinya satu minit untuk menjawab balas, Erdogan menuduh pengerusi itu menyekatnya membalas hujah Peres dengan berkata: "Saya kesal bagi mereka yang bertepuk tangan mendengar kamu bercakap. Kamu bunuh penduduk Gaza. Saya rasa itu adalah salah."

"Peres, kamu lebih tua daripada saya. Suara kamu terlalu tinggi. Kamu bunuh mereka. Saya masih ingat kanak-kanak yang mati di tepi pantai. Saya masih ingat dua bekas Perdana Menteri (Israel) berkata mereka gembira masuk Palestin dengan kereta kebal. Dalam soal membunuh, kamu terlalu bagus."

Apabila Ignatius cuba menyampuk, Erdogan berkata beliau tidak akan datang lagi ke Davos, meninggalkan ahli panel termasuk Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dan Setiausaha Liga Arab, Amr Moussa, di pentas ucapan.

Firman Allah SWT di dalam Surah Ar-Ruum, ayat 30:

Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah); (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.

Wallahu a’la wa a’lam.
Posted by Mustakim Bin Suhaili
Wednesday, January 21, 2009 at 6:56 PM | 0 comments  
Alhamdulillah,semalam aku dan kawan-kawan telah pergi ke Unversiti Malaya bagi mendapatkan rujukan untuk membuat tugasan.Disepanjang perjalanan pelbagai gelagat yang aku temui lantas hati bertanya kemanakah hilangnya malu seorang wanita.?Perjalanan ke kuala lumpur dari tanjung malim mengambil masa selam sejam.Saat tiba dipasar seni dalam perjalanan melintas jalan untuk pergi terminal pasar seni. Mata terpana dengan seorang wanita yang turut samA melintas jalan. Wanita remaja berumur dalam lingkungan 20-an dan aku yakin dari raut wajahnya dia adalah wanita Melayu. Dia cantik dan Bergaya. Kulitnya mulus,pipinya gebu, bibirnya ala-ala angelina Jolie,alisnya lentik, hidungnya mancung, matanya bundar dan bercahaya.dadanya juga agak mengiurkan. Lengannya putih jari-jemarinya halus dan runcing. Baju sendat menampakkan pusat dan skirt pendek yang disarung ke tubuh yang beralun mengikut gerakan tubuhnya. Aku yakin dan pasti mata yang melihat mula berimiginasi. Imiginasi itu sudah tentu yang indah-indah dan sudah semestinya bukan hal yang baik.


"Dimanakah Hilangnya Malu Seorang Wanita"

Setibanya di KL Sentral di saat menelaah surat khabar lalu hati menjadi hiba. Terlihat aku golongan artis yang bebas berpakaian seksi dan tidaK habis-habis dengan skandal seks,ditangkap khalwat dan sebagainya. Tidak sampai disinI sahaja terdapat juga gambar dan video lucah mereka yang tersebar megah di dalam internet. Namun bukan artis sahaja,pelajar sekolah dan gadis remaja yang terlibat dalam penyakit sosial yang memalukan ini.

Perjalanan diteruskan..saat menunggu bas untuk pergi ke perpustakaan Utama Universiti Malaya mata singgah terhadap sekumpulan gadis yang masih berpakaian sekolah. Ketawa berdekah-dekah , saling bertepuk tampar. Sesekali jeritan nyaring memecah suasana. Beberapa orang daripada mereka tidak bertudung. Di jari mereka terselit sebatang rokok. Hebat mereka menghisap rokok. Ntah apa yang dicari??

Agak pedih dengan paparan itu,mata menerawang ke arah lain. Sebuah motosikal dipandu agak laju. Penunggangnya seorang lelaki muda yang lagaknya seperti mat rempit. Pemboncengnya pula seorang gadis. Gadis seksi yang seksa untuk melihatnya dengan punggungnya yang separa bogel sedang erat memeluk pinggang lelaki yang sedang menunggang motosikal.

Saat pulang dari UM tatkala berada dalam bas rapid KL mata sekali lagi singgah kepada pasangan kekasih yang lagak gayanya seperti sudah bersuami isteri yang menaiki bas yang sama. Si gadis berpakaian sopan dengan bertudung sempurna berdiri di sisi seorang lelaki yang sederhana tinggi yang juga berpakaian sopan. Dalam kesesakan lalu lintas tangan mereka saling bertautan.kadang-kadang si jantan merangkul pinggang,si betina tiada melarang. Mereka tersenyum, ketawa dan kelihatan sungguh bahagia.

kejadian ini bagaikan satu lumrah dalam kehidupan serba moden ini. Namun sedar atau tidak ini merupakan musibah yang memudaratkan maruah wanita iaitu kehilangan rasa malu atau pudarnya sifat malu dalam diri mereka.
Sedangkan dalam Islam malu amat ditekankan sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasullullah bersabda yang bermaksud:
"Iman itu ada lebih 60 cabang dan sifat Malu adalah sebahagian daripada cabang Iman."

muslimah Pictures, Images and Photos

Oleh itu, memelihara malu diri sendiri dan menjaga aib orang lain sangat penting dalam pembinaan bangsa yang bermaruah.Malu dikatakan perisai dan perhiasan kepada wanita dan juga lelaki yang menghalang mereka dari terjerumus kelembah kehinaan dan kebathilan.

Malu juga lambang iman yang akan membawa ke syurga.Selaras dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Malu dan amanah adalah perkara yang mula-mula hilang dari dunia ini,sebab itu mintalah dengan Allah kedua-duanya"

Blue Eyes Pictures, Images and Photos
"Wanita Solehah Adalah Perhiasan Sebaik-baik Perhiasan"

Atas dasar ini ingi ditegaskan bahawa pemalu bukan sahaja memperlihatkan kemanisan akhlak dan ketinggian akidah seseorang wanita. Malah, memelihara diri wanita itu sendiri daripada kehinaan dan kemusnahan peribadi secara beransur-ansur. Percayalah bahawa sifat malu tidak akan menyisihkan anda dari arus globalisasi. Lebih dari itu, anda akan berkeyakinan serta jelas dengan tujuan anda untuk melakukan sesuatu perkara. Oleh itu, JAGA DIRI,HIASI PERIBADI.......
Posted by Mustakim Bin Suhaili
Alhamdulillah atas kesedaran melihat penderitaan rakyat Palestin yang saban hari terus bermandi darah angkara kekejaman Israel Laknatullah. Maka dalam nukilan pada kali ini marilah kita bersama-sama meningkatkan kesedaran tentang penderitaan rakyat Palestin yang entah dimana kesudahannya. Sedar atau tidak sedar pada hari ini Gaza pada hari ini berdepan dengan jenayah kemanusiaan.Berikut dikongsikan penderitaan rakyat palestin.



Israel sembelih lebih 900 orang dalam masa 16 hari.
Dipetik dari: http://palestinkini.info/

Kekejaman Israel.... Pictures, Images and Photos
Kekejaman Israel di Bumi Al-Quds

Selasa ,13/01/2009 - Jumlah kematian di Gaza mencecah lebih 900 orang kebanyakannya kanak-kanak (277 orang) dan wanita (93 orang) dalam masa 16 hari sementara 4100 orang cedera demikian dilaporkan oleh Dr. Muawiya Hassanein , Pengarah Kecemasan Kementerian Kesihatan.
Pihak Israel terus berlaku kejam dengan melakukan pembersihan etnik dengan membunuh 39 orang dan mencederakan puluhan yang lain pada hari Ahad lalu.
Pengunduran tentera Israel dari kawasan Sheikh Ajlin barat daya Gaza membongkar kekejaman Israel di mana 14 rakyat Palestin dibunuh termasuk bayi berumur 1 tahun dan di kawasan lain pesawat tanpa juruterbang (drone) digunakan untuk membunuh puluhan rakyat Palestin. Para pemerhati hak asasi manusia berkata sejak tindakan kejam Israel mula, mereka telah menjadikan rumah rakyat Palestin sebagai kubu dan menahan rakyat Palestin dalam keadaan menjijikkan tanpa makanan dan minuman.

SELAMATKAN PALESTIN

Palestin Pictures, Images and Photos

sAvE Palestin Pictures, Images and Photos

palestin Pictures, Images and Photos

GAZA BERHADAPAN JENAYAH KEMANUSIAAN
Dipetik dari: http://amanpalestin.com/

Itulah hakikat yang tidak dapat disangkal oleh sesiapa pun seperti yang di nayatakan oleh Menteri luar Syria, Walid Muallim dalam mensyuarat Menteri-Menteri Luar Arab di Kaherah baru-baru ini.
Hakikatnya,
1) Umat Islam Paletin di Gaza khususnya yang ditimpa penyakit kronik tidak dapat keluar daripada Gaza bagi mendapatkan rawatan kerana larangan daripada pihak Israel.
2) Sumber kesihatan Palestin mengesahkan angka bilangan kematian yang tercatat sepanjang kepungan yang dibuat oleh Israel seramai 261 orang termasuk seorang wanita yang berumur 34 tahun. Doktor Mu’awiyah Husnain berkata “termasuk yang syahid setakat ini ialah seorang wanita yang bernama Karimah Zuhair Abu Dallal, ibu kepada lima orang anak”. Penyakit yang dihidapinya sepatutnya dapat dirawat di hospital luar Gaza. Akan tetapi dek kepungan ini beliau tidak dibenarkan untuk mendapatkan rawatan sehinggalah beliau mati.
3) Kementerian kesihatan Palestin menyatakan bahawa hospital terbesar yang terdapat di Gaza berhadapan dengan masalah kehabisan gas memasak, keadaan ini amat menyukarkan kerana mereka sepatutnya menyediakan hampir 1500 makanan setiap hari kepada para pesakit. Lebih menyulitkan keadaan apabila gas yang sama sepatutnya digunakan juga untuk proses pengeringan tuala dalam proses pembedahan. Oleh yang demikian kementerian tersebut menyeru negara arab dan Islam menyuarakan isu ini ke peringkat antarabangsa.
4) Lebih memalukan umat Islam apabila sebuah akhbar berbahasa Arab bertarikh 20/11/2008 telah melaporkan Majlis Kesatuan Ekonomi Arab di bawah Liga Arab membelanjakan 50 juta dolar untuk projek membela Penyu laut, sedang umat Islam di Gaza dikepung dan dihimpit kesusahan serta penderitaan, mereka sebok dengan projek yang tidak menguntungkan ini. Muhammad Abdul Fudhail Syusyah, gabenor timur Sina menyifatkan “inilah projek pertama yang sepertinya di Mesir”. Adakah penyu laut lebih berharga daripada nyawa saudara mereka di Gaza ? .
5) Akibat daripada kepungan ini, bekalan makanan juga semakin berkurangan. Satu laporan menyebut bahawa mereka yang menduduki Gaza kini terpaksa mengambil tepung yang pada asalnya adalah dijadikan makanan kepada burung-burung, kini ianya dijadikan makanan kepada sebahagian penduduk Gaza yang kekurangan bekalan.
6) Bantuan daripada luar juga tidak dibenarkan masuk untuk disalurkan kepada masyarakat dan penduduk Gaza.
7) Bekalan elektrik juga terputus akibat daripada kepungan ini, bermakna mereka kini berada dalam keadaan bergelap pada waktu malam.

Jesteru Aman Palestin menyeru rakyat Malaysia yang perihatin agar memainkan peranan positif dalam membantu saudara mereka yang sangat memerlukan pada masa ini.Oleh itu, hulurkan bantuan ringankan beban:

palestin Pictures, Images and Photos

Sumbangan ke akaun Aman Palestin Berhad:
Bank Islam Malaysia Bhd :: 12029010047880
Maybank Malaysia Bhd :: 562263010787

Untuk penambahan maklumat sila baca entri Muhtar Suhaili di pautan berikut:
http://muhtarsuhaili.wordpress.com
Posted by Mustakim Bin Suhaili
Bangsa Malaysia Pictures, Images and Photos

P Penafian agama Islam sebagai agama rasmi

Antara cabaran kewujudan masyarakat majmuk di Malaysia adalah menafikan agama Islam sebagai agama rasmi negara. Walaupun Malaysia sering dipuji dan digembar-gemburkan oleh dunia bahawa mempunyai kestabilan politik kerana dapat mentadbir mempunyai satu komuniti masyarakat majmuk yang pelbagai, tetapi akhir-akhir ini keutuhan kenyataan itu nampak goyah. Hal ini demikian kerana, sejak kebelakangan ini kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara bukan sahaja telah dipertikaikan tetapi digugat oleh pelbagai kumpulan dan pertubuhan bukan Islam yang membuat pelbagai tuntutan serta tafsiran yang tidak munasabah terhadap Perlembagaan Persekutuan. Di antara hujah yang digunakan untuk menyokong tuntutan mereka ialah bahawa Islam tidak pernah dinyatakan secara jelas sebagai agama rasmi di dalam Perlembagaan Persekutuan. Sebenarnya di dalam Perlembagaan ada dinyatakan bahawa Islam adalah agama negara atau 'state religion' iaitu merujuk kepada negara Malaysia. Apabila disebut tentang agama negara maka secara dasarnya ia boleh difahami sebagai agama rasmi bagi Malaysia bukannya agama rasmi yang dianuti oleh rakyat negara ini. Tambahan pula, Perlembagaan Persekutuan tidak menghalang pengamalan agama-agama lain di mana rakyat negara ini mempunyai kebebasan untuk mengamalkan agama masing-masing. . Pertikaian ini adalah tidak wajar sekali kerana majoriti penduduk Malaysia menganuti Islam. Agama Islam sudah berakar umbi dalam masyarakat sudah ratusan tahun dahulu. Keadaan ini menunjukkan bahawa pelbagai komuniti masyarakat di Malaysia sudah berani untuk mempersoalkan perlembagaan negara seterusnya akan pasti menggugatkan keselamatan dan kedaulatan negara Sekiranya usaha untuk mempertikaikan dan tindakan mengubah status agama Islam tidak dihentikan segera ia dikhuatiri boleh menjejaskan keharmonian kaum di kalangan penduduk negara ini yang sudah terjalin buat sekian lamanya.

Pelaksanan sistem pendidikan negara

Cabaran yang kedua ialah daripada segi pendidikan . Seperti yang kita sedia maklum bahawa sistem pendidikan negara kita adalah berdasarkan sistem meritokrasi. Ini akan mewujudkan keadaan persaingan yang sihat di kalangan pelajar Bumiputera dan bukan Bumiputera. Malah pendidikan juga dilihat sebagai wadah yang boleh merapatkan jurang antara kaum dalam sebuah negara yang memiliki masyarakat majmuk seperti Negara ini. Namun begitu, keadaan sebaliknya telah berlaku. Misalnya, statistik pencapaian di Universiti Malaya dan Universiti Teknologi Malaysia pada 1998 menunjukkan prestasi pelajar Bumiputera peringkat ijazah pertama yang mendapat Kelas Pertama hanya sekitar 2.9 peratus berbanding bukan Bumiputera (17.2 peratus). Malah, keluaran Burniputera yang dikatakan 'cream of the cream' yang berjaya mendapat Kelas Pertama pada 1998 hanya 3.4 peratus berbanding 33.3 peratus bukan Bumiputera.Pencapaian pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia juga menunjukkan 'trend yang serupa, terutama bagi subjek sains dan matematik. Pada 1998, hanya 2.6 peratus pelajar Bumiputera mendapat Al dan Al bagi subjek Fizik dalam peperiksaan SPM berbanding 17.3 peratus pelajar bukan Bumiputera. Begitu juga bagi subjek Matematik Tambahan, 6.7 peratus pelajar Bumiputera mendapat Al dan A2 berbanding 36.4 peratus bukan Bumiputera.

keselamatan negara

Cabaran seterusnya, kita menerima ancaman daripada puak-puak ekstrimis kaum dan penyimpang agama. Kelompok ini menjadi ancaman kepada negara kerana tindak-tanduk mereka yang sanggup melakukan sesuatu di luar batas kemanusiaan demi mencapai matlamat masing-masing. Selain daripada itu, terdapat juga pihak yang sengaja mengeksploitasi isu-isu ekonomi dan sosial politik negara untuk mendapatkan sokongan terutama dari kalangan parti politik dan badan bukan kerajaan. Kehadiran pendatang sama ada mereka masuk ke negara ini secara sah atau haram juga boleh menjejaskan imej dan keharmonian negara.
Ini kerana sebilangan daripada mereka suka menimbulkan masalah dan menghuru-harakan keselamatan negara. Selain daripada itu, ancaman juga boleh datang daripada kegiatan pemalsuan dokumen-dokumen penting kerajaan seperti pasport antarabangsa Malaysia, kad pengenalan dan sijil lahir. Senario ini amat merbahaya dan ditangani dengan sebijak mungkin. Selain daripada ancaman dari dalam negara kita juga mesti berwaspada dengan ancaman yang hadir dari luar seperti aktiviti pengintipan dan cubaan menjatuhkan nama baik Malaysia dari kaca mata kuasa-kuasa besar.

Peningkatan masalah sosial

Tambahan pula, pembangunan yang pesat juga memberi impak negatif kepada Negara. Pembangunan fizikal yang sangat pesat seperti di Kuala Lumpur telah menyebabkan penghijrahan penduduk kampung ke bandar dengan ramai. Penghijarahan ini menyebabkan pendudukan melayu lebih ramai daripada penduduk cina selepas penghijrahan berlaku Namun, kualiti hidup di bandar meningkat dan ada sebilangan yang tidak mampu menanganinya. Ini menyebabkan peratusan kemiskinan meningkat dan telah menyebabkan berlakunya gejala sosial yang teruk seperti kegiatan pelacuran, pengedaran dadah dan kecurian. Hal ini berlaku kerana untuk menampung taraf hidup yang sering meningkat dan telah mengubah norma-norma kehidupan bermasyarakat khususnya dalam komuniti masyarakat majmuk di Malaysia. Selain itu, proses perbandaran ini juga telah melebarkan lagi jurang ekonomi dan pola tempat tinggal antara kaum . Contohnya,orang Melayu biasanya tinggal di kampung, orang Cina di bandar dan orang India di ladang-ladang. Imej ini tetap tidak berubah secara menyeluruh walaupun pelbagai langkah telah dilakukan oleh pihak kerajaan untuk mengatasinya. Buktinya, kerajaan telah mengadakan pelbagai kempen anti dadah dan juga kempen ‘tak nak’ merokok secara besar besaran di seluruh negara , namun dilihat tidak membuahkan hasil yang memberansangkan.

Pengekalan perpaduan rakyat

Perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas Perpaduan rakyat menjadi satu cabaran utama yang dihadapi oleh Kerajaan Malaysia. Isu perpaduan adalah utama dari sembilan cabaran untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 yang berbunyi ”Mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu yang mempunyai matlamat yang serupa dan boleh dikongsi bersama, berintegrasi di peringkat Wilayah dan antara kaum, berasaskan persamaan hak dan keadilan”. Untuk mengekalkan perpaduan suatu cabaran yang sangat mencabar dan memerlukan suatu tempoh yang lama penubuhan Sekolah Kebangsaan (SK) telah diilhamkan oleh para pemimpin negara sebagai wahana untuk perpaduan rakyat pelbagai kaum. SK diharap dapat dijadikan tempat untuk generasi muda hidup bermasyarakat, saling bekerjasama antara satu sama lain serta melahirkan rakyat yang setia dan menyumbang kepada kesejahteraan Negara.Hal ini demikian kerana setiap kaum dalam masyarakat mempunyai kepentingan tersendiri yang perlu dipertahan dan diperjuangkan seperti hak dalam pendidikan .

Memastikan pembangunan negara seimbang

Kebelakangan ini, kerajaan telah mengisytiharkan usaha membangunkan semula sektor pertanian di negara kita. Usaha ini adalah wajar dalam memastikan pembangunan dan kemajuan negara secara seimbang memandangkan sektor pertanian dan sektor perindustrian adalah saling melengkapi. Kedua-dua sektor ekonomi tersebut adalah sama penting dan tidak boleh diabaikan mana-mananya (www.scribd.com/doc/261975/Pn-Zairiha).Seperti yang kita tahu, masyarakat Melayu lebih mendominasi sektor pertanian dan masyarakat Cina pula lebih banyak menguasai bidang perindustrian. Sehubungan itu, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan bagi mengelakkan berlakunya kejadian 13 Mei 1969 kembali berulang seperti masalah perbezaan jurang ekonomi yang ketara antara kaum.Tambahan pula , apabila kerajaan mengisytiharkan untuk membangunkan sektor pertanian, kemungkinan kaum Cina akan melihat bahawa kerajaan cuba untuk membangunkan ekonomi masyarakat melayu sahaja dan akan meminggirkan kaum Cina. Adalah menjadi cabaran kepada pihak kerajaan untuk menjelaskan isu ini.

Pelancaran Program Latihan Khidmat Negara

Kerajaan telah membentuk dan membina Program Latihan Khidmat Negara bersesuaian dengan keperluan dan realiti masyarakat majmuk negara ini. Konsep khidmat negara ala Malaysia ini digubal bagi mencapai tujuan untuk memperkasa semangat patriotisme, meningkatkan perpaduan kaum dan integrasi nasional, membina perwatakan positif serta menyemarakkan lagi semangat kesukarelaan. (http://aplikasi.kpkt.gov.my/ucapan.nsf/6c7fcfbe486f405c48256e5a000bd038/298112d8f24ac92248256fdc00349db8?OpenDocument). Walaupun program ini mempunyai pelbagai manfaat kepada negara pada masa hadapan, tetapi sehingga kini pelbagai usul dan usaha bagi menghentikan program ini telah dilakukan oleh pelbagai pihak. Hal ini kita dapat lihat apabila seorang wakil rakyat Pakatan Rakyat, Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) yang meminta agar kerajaan segera mempertimbangkan untuk menghentikan program tersebut serta merta.Hal ini berdasarkan kepada alasan di mana telah berlakunya kekerapan kematian, masalah kesihatan dan keselamatan di kalangan pelatih PLKN. Menurut Fong lagi usul ini amat penting kerana ianya melibatkan persoalan nyawa dan keselamatan golongan pelatih tersebut (www.suarakeadilan.com/sk/berita-utama/2008/05/879) . Tambahan pula, mengikut statistik, sehigga kini 16 kematian pelatih telah direkodkan berlaku sepanjang program latihan ini dijalankan. Maka, dengan itu menjadi satu lagi cabaran kepada kerajaan untuk meyakinkan rakyat bahawa program ini membawa kebaikan kepada negara dari segala segi seperti memupuk perpaduan , pertahanan negara, dan juga sebagai salah satu proses menerapkan semangat patriotik dalam kalangan belia mendedahkan ilmu mempertahankan diri, dan juga sangat membantu negara

<Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB)

Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu program sosioekonomi diperkenalkan pada tahun 1971 oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato' Hussein. Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dan ia telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata untuk mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan, menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum; dan mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Dasar ini telah digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) pada 1991.( http://ms.wikipedia.org/wiki/Dasar_Ekonomi_Baru). DEB ini dilihat lebih memihak kepada kaum Bumiputera. Memang tidak dinafikan kaum Bumiputera khususnya kaum Melayu masih ramai lagi yang miskin dan wajarlah program ini ditumpukan kepada masyrakat Melayu. Tetapi , bagaimanakah nasib segelintir masyarakat Cina yang miskin? Ini akan mencetuskan perasaan cemburu dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Kesimpulannya, dalam menangani dilemma ini masyarakat majmuk di Malaysia masyarakat harus sedar akan tanggungjawab masing-masing agar kelestarian hidup yang aman akan berterusan. BERSATU KITA TEGUH BERCERAI KITA ROBOH.

Posted by Mustakim Bin Suhaili
Visit the Site
MARVEL and SPIDER-MAN: TM & 2007 Marvel Characters, Inc. Motion Picture © 2007 Columbia Pictures Industries, Inc. All Rights Reserved. 2007 Sony Pictures Digital Inc. All rights reserved. blogger templates